Salim Minced Beef

Salim Minced Beef
Salim Minced Beef
Salim Minced Beef
Salim Minced Beef
Salim Minced Beef
Salim Minced Beef
Salim Minced Beef

Salim Minced Beef

No review yet. Write Review
Regular Price RM10.90

Vendor : Salim

Product Type : Frozen Food

Sku : SMB00400-1PKT

Hurry! Only
0
units left in stock!
400gram x 1 packet 1kg x 1 packet 400gram x 1 ctn (24 pkts) 1kg x 1 ctn (12 pkts)
-
+
in stock SOLD OUT

Salim Daging Kisar - Salim Beef Minced 400g/1kg

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Salim, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Salim lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Maklumat Tambahan:

Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Salim sangat sesuai digunakan untuk membuat kuah Spagetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John dan Pizza.

Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C

Saiz Pek: 400g, 1kg

 

Salim Daging Kisar 1Kg

Produk Salim daging kisar sesuai digunakan untuk inti Roti Pita,Roti John dan sebagainya. Daging kisar Salim berasaskan 100% daging lembu dan daging ayam. Buatan Bumiputera yang halal dan bersih. Harga yang sangat berpatutan.

 

Resepi Pilihan:

Roti John Cheese

  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih dipotong dadu
  • Roti panjang untuk sosej
  • Kobis
  • Keju Cheddar
  • Kepingan keju
  • Mayonis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Daging cincang

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.

2. Setelah masak angkat dan letak inti ke tepi.

3. Pukul telur. Masukkan inti daging tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung.

5. Sapukan permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper seketika dan angkat.

6. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar di atasnya memenuhi permukaan inti.

7. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti itu.

8. Bila dah masak inti dan telur, balikkan roti seketika dan angkat.

9. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi disapu sos, mayonis dan letak kan kepingan keju serta kobis yang dihiris nipis di dalamnya.

10. Potong dan sedia dimakan.

top
Added to cart :
Add to cart failed :
prouduct successfully added to wishlist !