Alkhaleed Daging Kebab 1kg

Alkhaleed Daging Kebab 1kg

Alkhaleed Daging Kebab 1kg

No review yet. Write Review
Regular Price RM23.90

Vendor : Alkhaleed

Product Type : Frozen Food

Hurry! Only
0
units left in stock!
1kg x 1 packet 1kg x 16 packets (1 carton)
-
+
in stock SOLD OUT

Alkhaleed Kebab Daging 1Kg

Kebab yang juga dikenali sebagai kabob atau kabab merupakan pelbagai hidangan daging masak, dengan asal-usulnya iaitu masakan Timur Tengah. Pelbagai variasi yang terkenal di seluruh Asia dan di seluruh dunia.

Dalam bahasa Inggeris India dan bahasa-bahasa Timur Tengah, bahagian-bahagian lain di Asia, dan dunia Islam, kebab merupakan istilah luas yang meliputi pelbagai jenis hidangan daging panggang.

Meskipun kebab kebiasaannya dimasak dengan pencucuk, banyak jenis kebab yang tidak sebegitu. Masakan kebab boleh terdiri daripada potongan atau daging kisar atau makanan laut, kadangkala dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia sama ada dimasak dan ditusuk di atas api atau seperti hamburger di atas panggangan, dibakar dalam kuali dalam ketuhar, atau sebagai rebusan; dan disajikan dengan pelbagai iringan mengikut setiap resipi.

Resepi:

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti pita
  • 1 keping kebab daging ayam  AlKhaleed
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 1/2 batang timun (dipotong dadu)
  • 1/2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar marjerin untuk tumis
  • Sos cili
  • Mayonis

Cara-cara membuat:

1. Tumis dahulu bawang. Kemudian, masukkan daging ayam kebab dahulu. Masak sehingga daging tersebut garing sedikit.

2. Selepas masuk daging ayam dan sayur, letak serbuk kari. Kacau sehingga semua sebati dengan serbuk kari.

3. Masukkan sedikit sos cili dan garam.

4. Setelah masak, angkat dan boleh tambah cili dan mayonis dalam inti kebab tadi.

5. Panaskan roti pita atas kuali non stick. Potong dua. Sapu bahagian dalam dengan mayonis dan boleh masukkan inti sebanyak mana yang anda mahu.

Nota: Bahan-bahan di atas boleh dapat 6 kebab kerana roti pita 3 ketul potong dua.

top
Added to cart :
Add to cart failed :
prouduct successfully added to wishlist !